Ladang Kurma

Home»Media Gallery»Ladang Kurma
Ladang Kurma

Silaturrahim berpanjangan …

Satu kelebihan yang saya lihat pada jemaah Kembara Muslim (KM) sejak sebelum bertolak ke tanah suci, ketika berada di tanah suci maupun setelah kembali dari mengerjakan umrah ialah kemesraan sesama jemaah dan silaturahim yang berpanjangan.

Perkara ini telah saya lihat berlaku sejak jemaah group pertama KM beberapa tahun lepas. Tercapai juga matlamat KM dengan motto kami ” Bersama Anda Menyempurnakan Umrah” yang mana hasil dari kebersamaan di tanah suci ini membuahkan kemesraan di kalangan jemaah KM.
Tidak hairanlah ada jemaah yang telah mengerjakan umrah bersama kami selama tiga tahun berturut turut…terimakasih Pakngah Sameon dan MakNgah Aishah
dari Arau Perlis.

Baru baru ini 7 Februari 2017, ketika saya dan isteri berada di Jitra, kami mendapat panggilan dari Pn Zarinah memaklumkan beliau telah berada di hadapan rumah kami.

Lawatan SURPRISE Pn Zarinah bersama keluarganya.

Pn Zarinah telah pergi umrah bersama Kembara Muslim sebanyak dua kali…dan kali terkahir adalah pada 30 Nov 2016 bersama lima ahli keluarganya.

“Saja nak buat surprise” sebaik beliau bercakap dengan isteri saya di telefon

Kami akan mengambil masa lagi satu jam untuk sampai dan menyelesaikan urusan kami di Jitra, nasib baik group umrah yang Pn Zarinah dan keluarga sertai baru baru ini ramai juga terdiri dari jiran jiran saya.

Kedatangan Pn Zarina dan keluarga di sambut mereka! Mereka berkumpul di rumah En Ali dan Pn Norma…memasak makanan tengahari bersama dan menjamu selera di rumah en Ali & Pn Norma!

Setiba saya di rumah, Pn Zarinah dan keluarga beserta jemaah KM group 30 Nov 2016 kemudiannya bertamu di kediaman saya.

Inilah KEMESRAAN, Inilah SILATURAHIM KAMI JEMAAH KEMBARA MUSLIM….SEMOGA SILATURAHIM INI AKAN BERPANJANGAN. AMIN YA ALLAH.

Terimakasih tidak terhingga pada en Suhaimi & Pn Zarinah sekeluarga yang sudi datang menjenguk kami. Jauh jauh datang dari Tanjung Malim !

P/S; Gambar kenangan Kunjungan Surprise ..en Suhaimi dan Pn Zarinah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.