Detik Kenangan Ameena.

Home»Media Gallery»Gambar Umrah»Detik Kenangan Ameena.
Detik Kenangan Ameena.
Ketika Kali Pertama Ke Tanah Suci Tahun 2013

Semestinya umrah ini akan menjadi kenangan terindah Ameena apabila ia menjangkau dewasa kelak. Setakat 2017 Ameena telah menunaikan umrah sebanyak dua kali. Dan Ameena telah mengikuti kami ke tanah suci sebanyak tiga kali bermula sejak umurnya 2 tahun lebih. Pada pertama kali membawanya ketika masih kecil kami merasa bimbang samada dapat mengerjakan umrah dengan selesa atau sebaliknya ..alhamdulillah dengan  keizinan Maha Kuasa dan keberkatan tanah suci segalanya berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak di ingini. Malah kami sekeluarga sihat walafiat di sana.

Ameena sedang membantu menjaga jemaah pada kali ketiga ke Tanah Suci 2017

Seterusnya ketika membawa jemaah pada tahun berikutnya , Ameena juga menyertai kami dan ketika ini dia melakukan

Ketika Kali kedua ke Tanah Suci

umrah pertamanya. Sebenarnya tidak susah untuk melakukan umrah baginya sekiranya kita tahu syarat syarat dan hukum berkaitan umrah bagi kanak kanak ini.

Saie Umrah Kedua Ameena 2017

Begitu juga anda perlu tahu tentang syarat mengendong atau mendukung bayi ketika umrah … pastikan bayi sentiasa dalam keadaan bersih.

Terbaru pada march 2017 Ameena sekali lagi mengikuti kami ke Tanah Suci dan ketika ini umurnya hampir enam tahun dan lebih faham tentang ibadah umrah. Ketika di Tanah Suci juga Ameena sibuk menjaga jemaah ketika ziarah. Semua jemaah wanita mengenali dan rapat dengannya.

Bersama Hj Amir dan Syarifah
Di Tingkat Atas Masjidil Haram

Kami bertolak ke Mekah dari Madinah agak lewat petang dan sampai di Mekah lebihkurang jam 9.00 malam, ibadah umrah dilakukan agak lewat pada malam itu dan Ameena sudah tertidur. Keesukannya saya menemaninya untuk ibadah umrah dan beliau keletihan ketika Saie. Saya mulanya cuba mencari kerusi roda, untuk menolaknya  tetiba saya terpandang satu kerusi roda yang baru hanya beberapa langkah dari saya dilipat elok tersandar di dinding dan tertulis Wakaf Al Haram. Alhamdulillah Allah permudahkan kami dengan kerusi roda yang diwakafkan ini!

Sekiranya anda berkesempatan bawalah anak anda bersama anda kerana ini akan menjadi kenangan terindah bagi mereka suatu masa nanti! InsyaAllah Yakinlah semua urusan anda bersama keluarga anda Allah permudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.