TRAVELOG KEMBARA MUSLIM - PERJALANAN UMRAH PERTAMA SAYA BERSAMA KELUARGA 2013

Home»Travelog»TRAVELOG KEMBARA MUSLIM – PERJALANAN UMRAH PERTAMA SAYA BERSAMA KELUARGA 2013
TRAVELOG KEMBARA MUSLIM – PERJALANAN UMRAH PERTAMA SAYA BERSAMA KELUARGA 2013

( Azahar Abdul Rahman pemilik Kembara Muslim Travel & Tours Sdn Bhd)

First Day – Madinah
Hari pertama sampai di Madinah, setiap jemaah perlu menambah SAR250 jika mau menetap di hotel atau hanya membuat lawatan dalaman di Masjid Nabawi dan terus ke Mekah. Ini antara perubahan perubahan yang di buat oleh TRAVEL Agency berkenaan.
Sememangnya saya tidak bersetuju dengan perubahan ini, mau tidak mau kita perlu membayar. Apalagi saya bersama 18 ahli keluarga bermakna sejumlah SAR4500 perlu ditambah!
Ada ju
ga kedengaran rungutan di kalangan jemaah dan tak kurang juga yang berkata ” mai mai dah, bayar pi lah”
Pada dasarnya saya tidak bersetuju, kenapa perlu tambah sedangkan harga pakej telah ditetapkan RM 5990 dan kit
a telah pun membayarnya di Malaysia.

bersama ahli keluarga

Untuk makluman sehingga kini masih ada sesetengah Travel Agency yang masih mempraktikkan perkara ini. Offer pakej harga murah semata mata untuk menarik perhatian tapi bila sampai ke Tanah Suci, jemaah perlu menambah wang untuk itu dan ini.
Oleh itu bakal jemaah yang berhajat ke tanah suci mengerjakan umrah haruslah berhati hati, jangan terlalu tertarik dengan harga pakej yang murah yang akhirnya menjadi lebih mahal apabila penambahan wang diminta di tanah suci.

Juga bakal jemaah perlu berhati hati kerana banyak penipuan pakej umrah yang terjdi sekarang hingga ada sesetengah jemaah terkandas di KLIA tanpa tiket dan wakil Travel Agency tidak muncul.

Hari pertama di Madinah kami di tempatkan di Elyas Residential, hotelnya agak selesa tapi tiada ruang atau hall untuk makan. Kami hanya makan di kaki lima hadapan bilik sahaja.

Hotel ini juga di diami oleh jemaah negara Timur Tengah, bermulalah episod tolak menolak bila nak gunakan lif. Sesetengah jemaah dari Mesir, selalunya yang menjadi masalah bila menggunakan lif. Mereka ini bukan saja badan bersaiz besar tapi mereka juga bergerak dalam kumpulan. Kalau seorng masuk ke lif, di heretnya semua kawannya yang ada masuk bersama. kekadang orang yang sudah sedia ada dalam lif di minta mereka keluar.

Pertama kali menjejakkan kami ke masjid nabawi suatu pengalaman yang sukar digambarkan. Apatah lagi memasuki raudah dan melawat makam baginda rasulullah saw. Sungguh tenang di Madinah ini untuk beribadah.

Alhamdulillah…

****Post seterusnya : Lawatan Di Madinah

Post berkaitan sebelum:
1. https://www.facebook.com/kembaramuslimtravel/posts/1147998841940339:0
2. https://www.facebook.com/kembaramuslimtravel/posts/1148348898572000:0

******Ikuti tulisan saya seterusnya sehingga tertubuhnya Kembara Muslim Travel Tours Sdn Bhd. ( Azahar Abdul Rahman pemilik Kembara Muslim Travel & Tours Sdn Bhd)

#pakejumrah
#umrahmurah
#kuliahagama
#kursusumrah
#travelog

Leave a Reply

Your email address will not be published.