KENANGAN MEMASUKI RAUDHAH - Masjid Nabawi Madinah

Home»Media Gallery»Gambar Umrah»KENANGAN MEMASUKI RAUDHAH – Masjid Nabawi Madinah
KENANGAN MEMASUKI RAUDHAH – Masjid Nabawi Madinah

Secara bahasanya, perkataan “Raudhah” bermaksud taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang semua jemaah sangat-sangat ingin masuk untuk memanjatkan doa. Ia terletak di antara maqam Nabi Muhammad saw dan mimbar untuk berdakwah.  Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 m . Luasnya yang hanya 144 meter persegi adalah tidak setanding dengan jutaan jamaah yang berebut ingin masuk ke sana.
Jamaah haji atau umrah yang berada di Madinah, biasanya akan berusaha untuk sembahyang dan berdoa di Raudhah. Tempat ini tak pernah sepi, menjadi tempat yang paling afdhal untuk memanjatkan doa. 
Seperti sabda Rasulullah Saw, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga”
(HR. Bukhari no. 1196)
Tidak terkecuali dengan jemaah Kembara Muslim yang berkunjung ke madinah. Pihak kami akan berusaha dan memastikan semua jemaah dapat mengerjakan solat sunat dan berdoa di Raudhah. Biasanya pihak KM akan menyediakan seorang mutawif wanita yang memang biasa membawa jemaah masuk ke dalam raudhah dengan selamat. Dan jika jemaah ingin pergi lagi untuk kali yang ke 2 atau ke 3 pihak pengurusan juga boleh membawa mereka atau mereka boleh pergi mengikut kumpulan ‘Malaysia’ yang telah di tetapkan oleh pihak masjid nabawi.

 

Ustazah Nor ( bertudung hitam)

untuk memasuki Raudhah bukan lah mudah kerana terlalu ramai jemaah yang juga berpusu2 ingin memasukinya yang mana kadang2 keadaan akan menjadi kelam kabut dan riuh apabila ada jemaah yang tidak menghiraukan arahan dari petugas masjid. Setiap kumpulan akan di asingkan dan dibahagi mengikut kumpulan jemaah . Selalunya setiap kumpulan akan bergerak ke hadapan dalam beberapa peringkat dan banyak ‘Stop’. Sambil menunggu giliran biasanya jemaah di galakkan berselawat ke atas Rasullullah saw dan berdoa.

Pihak Kembara Muslim akan sentiasa memastikan semua jemaah masuk secara berkumpulan dan memegang erat tangan satu sama lain supaya tidak jatuh atau berpecah. Pihak pengurusan akan sentiasa memastikan semua jemaah dapat mengerjakan solat sunat apabila telah masuk ke kawasan raudhah dan semua jemaah dapat berdoa di sana. Selalunya kami  akan membantu antara satu dengan yang lain. membuat kubu/ ruang dengn menggunkn tangn untuk menghalang orang lain menolak atau mengganggu rakan jemaah kami menunaikan solat. Kami akan melakukan secara bergilir2 dan memastikan semua dapat peluang yang sama.

Alhamdulillah selalunya semua jemaah KM akan kluar dari raudhah dengan rasa puas hati kerana dapat apa yang dihajati dan selamat atas kerjasama yang di berikan. Sebelum beredar pulang ke hotel semuanya  jemaah akan  berkumpul dan kami akan memastikan semua jemaah tidak  tertinggal.

Jika ingin memasuki Raudhah masukkan secara berkumpulan kerana ianya banyak membantu dan dapat mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku.

 

 

            

 

  

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.