'BERKELAH' Di Bawah Payung Masjid Nabawi

Home»Media Gallery»Gambar Umrah»‘BERKELAH’ Di Bawah Payung Masjid Nabawi
‘BERKELAH’ Di Bawah Payung Masjid Nabawi

                   

Sehari sebelum bertolak ke Mekah. Kami jemaah wanita merancang untuk bersama-sama memasuki raudhah untuk kali terakhir sebelum pulang. Kali ini kami bercadang masuk pada waktu pagi selepas Subuh. Selesai solat subuh semua jemaah pulang bersarapan dahulu dan terus berkumpul di lobi hotel untuk sama2 bergerak ke Raudhah melalui pintu 25.

Kami selesai memasuki raudhah 3 jam kemudian. Keluar dari Masjid Nabawi kami terus mencari ‘port’ yang selesa untuk bersantai di bawah payung masjid. Sementara menunggu saya dan 2 orang lagi jemaah membeli makanan di kedai makan berdekatan dengan pintu 25. Jemaah lain menunggu di atas karpet yang memang sedia ada di dataran masjid .

kami memilih roti arab dimakan dengan kari ayam, lasagna arab, ayam goreng dan jus manggo. Sambil menjamu selera kami bercerita tentang pengalaman indah dan ada juga  yang melucukan sepanjang 5 hari berada di Madinah. Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada jemaah mengenali dengan lebih akrab antara satu dengan yang lain. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu dan memudahkan kerjasama antara jemaah nanti apabila melakukan ibadah umrah secara berkumpulan di Mekah nanti. Dan ternyata kami kini sudah menjadi seperti sebuah keluarga.

 

            

Leave a Reply

Your email address will not be published.