Kursus Umrah Oct 2018

Home»Berita Utama»Kursus Umrah Oct 2018
Kursus Umrah Oct 2018

Kembara Muslim telah menjalankan beberapa siri Kursus Perdana untuk jemaah yang akan bertolak ke Tanah Suci bermula dengan kumpulan pertama yang akan berlepas pada 25 Oktober diikuti kumpulan kedua pada 28 November dan kemudiannya kumpulan ketiga pada 8 Disember.

Kursus yang diadakan ini juga terbuka kepada bakal jemaah dan orang ramai yang berminat untuk mendapatkan ilmu tentang ibadah umrah. Sepanjang kita menjalankan kursus ini juga kita mendapat maklum balas yang sangat baik dan minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej pakej yang kita tawarkan.

Sepanjang kursus juga pihak Kembara Muslim mengambil kesempatan untuk menunjukkan segala butiran persiapan yang telah dilaksanakan  untuk kumpulan jemaah yang terlibat. Pihak Kembara muslim sentiasa memberikan maklumat terkini seperti:

  • status tempahan tiket penerbangan
  • tempahan hotel di Tanah Suci
  • jadual perjalanan
  • kedudukan permohonan visa

 

Semasa kursus juga jemaah selain mendapat  maklumat terkini jemaah juga boleh bertanya sebarang soalan berkaitan program ibadah umrah yang mereka sertai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.