Jom Umrah Bersama Kami

Home»Berita Utama»Jom Umrah Bersama Kami
Jom Umrah Bersama Kami

Ibadah Umrah merupakan impian setiap orang dikalangan muslim dan mukmin yang mengimpikan pahala serta balasan yang dari Allah Subhanallahu Taala. Apakah kelebihan bagi orang yang mengerjakan ibadah Umrah ini?

1. Menjadi Tetamu Allah

Di dalam Ihya’ Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

2. Pahala Dan Ganjaran Dilipatgandakan

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” – Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak.

3. Tidak Dihisab Jika Meninggal Dunia Semasa Menunaikan Umrah

Disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diperlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga” – Kitab Ihya’ Ulumuddin.

4. Pahala Umrah Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji” – Riwayat Sahih Muslim.

5. Menghilangkan Dosa Dan Kefakiran

Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi” – Riwayat Ibnu Majah.

6. Diwajibkan Walaupun Sekali (Jika Mampu)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : “Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” – Riwayat Sahih Al-Bukhari.

7. Penghapusan Dosa

Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga” – Riwayat Sahih Al-Bukhari.

Alhamdulillah, Semoga kita yang pernah menjadi tetamu Allah memperolehi balasan pahala, rezeki, penghapusan dosa dan sebagainya. Perasaan dan keinginan untuk menunaikan umrah juga terasa di hati

dan moga-moga Allah menjemput kita lagi untuk menjadi tetamunya. InsyaAllah. Bagi para muslimin dan muslimat yang belum pernah mengerjakan Umrah, kami doakan semoga anda dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan serta kemudahan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Amin Ya Rabb.

Leave a Reply

Your email address will not be published.