UMRAH RAMADAN 2019

Home»Pakej Kami»Umrah»UMRAH RAMADAN 2019
UMRAH RAMADAN 2019

KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH PADA BULAN RAMADHAN

UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadhan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadhan.

Dalam hadis, Rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan ini.

Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?”

Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.”

Baginda bersabda lagi: “Umrah pada Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.”

JIKA ANDA BERHAJAT MENGERJAKAN UMRAH DI BULAN RAMADHAN BERSAMA KAMI DAFTAR LAH SEGERA !!!

Sila hubungi Wakil2 kami untuk penerangan lanjut.

Tarikh : 9 May – 20 May 2019
Harga : RM 6890
Deposit : RM 500/orang

Leave a Reply

Your email address will not be published.